Tuesday, February 5, 2008

Siapakah KEKASIH kita??


Siapakah KEKASIH kita?
Siapakah CINTA dihati Kita?
Siapakah yang sentiasa berada disamping Kita Setiap masa??
Siapa?siapa?siapa?
Kalau bukan Allah s.w.t tuhan sekalian alam...
Kekasih kita yang sebenar adalah pencipta Makhluk yang Maha pemurah lagi Maha Bijaksana....
Yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian...
Adakah kita Lupa??
Ataupun sengaja terlupa??
Ataupun sengaja membiarkan diri terus hanyut dan leka dengan gelombang dunia??
Sedarlah insan...hidup didunia hanya sementara..
CINTA manusia tidak akan KEKAL..malah akan pudar akhirnya.... Tapi hakikatnya itulah dambaan manusia..pada manusia yang lain..'Cintailah diriku'sayang..'kaulah kekasihku'... 'Aku CINTa padamu'...'Aku sayang padamu'....'I LOVE YOU!'
Bgitulah ungkapan-ungkapan murahan yang sering dilafazkan oleh insan yang asyik bercinta...sehingga sanggup mengorbankan maruah diri demi insan yang disayangi.... Begitu MUDAH!!Begitu MURAH!!Nauzubillah...
Ingatan untuk diri sendiri dan teman-teman yang dirahmati Allah sekalian...
Ingatlah Nafsu dan syaitan akan sentiasa mencari jalan untuk membawa manusia ke jalan kesesatan....Hanya IMAN didada sebagai benteng menyekat cubaan musuh-musuh sekeliling kita...
Sentiasalah berwaspada dan berhati-hati dengan mainan CINTA INSAN....Kerana seseungguhnya, Syaitan akan sentiasa menghiaskan dan mengindahkan segala kemungkaran dan kemaksiatan pada pandangan manusia..agar manusia terpedaya.... Sehingga cinta yang terlarang menjadi 'HALAL' unuk dilakukan dengan alasan kononnya...'CINTA ISLAMIK'!!Beringatlah!Matlamat tidak menghalalkan cara...Allah Maha Mengetahui segala apa yang terkandung dihati....Siapakah kita untuk menduga apakah yang bakal berlaku suatu hari nanti??
Adakah kita boleh meramal bilakah MATI itu Terjadi??Alangkah ruginya jika kita MATI didalam keadaan yang HINA disisi Allah....kerana dahsyatnya balasan Allah amatlah perit sehingga tidak dapat digambarkan keperitannya pada akal manusia yang terbatas ini... BERSEDIAKAH kita??? Renunglah DIRI..renunglah sahabat-sahabat... Berdoalah agar kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat kemurkaan Allah...
Carilah CINTA yang ABADI...
Carilah KEKASIH yang SEJATI...
Temuilah SINGGAHSANA yang HAKIKI...
Kerana cinta ALLAH itulah yang ABADI....
Sesungguhnya ALLAH Kekasih yang SEJATI....
Agar menemui SYURGA yang HAKIKI.... InsyaAllah.
Hazirah Esahal
Copyright © 2012 Reserved To Hazirah Esahal
Design By Yuu Hidayu