Monday, March 16, 2009

Dipercayai Lebih Utama daripada DiCintai...


Semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan (Thiqah). Itulah cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masa kini.

Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan:

“ We though we could trust the military, but then came Vietnam;

We though we could trust the politicians, but then came Watergate;

We though we could trust the engineers, but then came the Challenger disaster…..”

Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan satu-satu hubungan, sama ada yang berbentuk personal mahupun professional. Apabila ada kepercayaan, maka prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan, akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti-sifat amanah,jujur, dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita meningkat, kita Berjaya dalam memimpin.

Ingat, kepimpinan adalah pengaruh!! Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah S.A.W. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga Baginda digelar al-Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.

Kata bijak pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa beruah apabila dicintai sama ada oleh isteri, ibu bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama-kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya hubungan yang terputus antara ibu bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, lantaran hilangnya kepercayaan.

Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bila pun manusia lebih mempercayai matanya berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan). Ataupun, dalam erti lainnya, “Action speaks louder than Words”.

Jadi, apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita sama ada ahli, pekerja atau pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama, dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti. Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta. Kepercayaan lebih utama.


Rujukan: Majalah Solusi (isu:3)




Hazirah Esahal

Eid Miladi yang ke-21...





Hazirah Esahal

Sunday, August 31, 2008

WelCoMe RaMadHan...

More RAMADHAN graphics

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T. kita dapat bertemu lagi dengan Bulan yang penuh Berkah dan kerahmatan ini, Ramadhan al-Mubarak...
Bersama-samalah kita menghayati BULAN RAMADHAN dengan penuh kesyukuran atas nikmat keamanan yang dikurniakan Allah di Bumi Malaysia yang tercinta ini.Sebagai rakyat Malaysia kita patut bersyukur kerana dengan izin Allah kita dapat menjalani ibadah puasa tanpa diselubungi rasa ketakutan dan dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah.. Alhamdulillah.

RAMADHAN "PESTA IBADAH"....

More RAMADHAN graphics

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan pahala dan ganjaran yang berlipat kali ganda.Dan dibulan ini juga terdapatnya malam 1000 bulan, Malam LailatulQadar yang menjadi rebutan segenap Muslim di Bumi Fana ini. Adakah kita tergolong dalam golongan yang bercita-cita untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar? Adakah kita golongan yang bersedia menghadapi Bulan Ramadhan dengan penuh keazaman dan ketekadan untuk memperolehi ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T.? Apakah kita berusaha untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada Ramadhan yang lalu? Tepuklah dada tanyalah IMAN...
Life is about YOUR CHOICE!! anda yang memilih untuk menjadikan Ramadhan kali ini sebagai sesuatu yang berharga dan bermakna ataupun sia-sia..Ingatlah Ramadhan hanya sekali dalam setahun,dan belum tentu lagi kita akan merasainya lagi pada tahun akan datang..Entah esok,lusa,tulat,minggu depan,bulan depan, kita akan meninggalkan seisi dunia ini..kita sudah tiada lagi didunia ini..Siapa yang tahu?Hanya Allah yang Maha mengetahui ajal dan maut setiap makhluk di muka bumi ini..dan kita sebagai Hamba? Fikir-fikirkanlah...

Dikesempatan ini ana ingin memohon ampun dan maaf dan Selamat Berpuasa kepada sahabat-sahabat,pengunjung2 blog dan seluruh umat Islam dimuka Bumi ini.Kita sebagai manusia biasa pasti tidak dapat tidak akan melakukan kesilapan dan kesalahan.Semoga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesyukuran dan kekhusyukan.. Jadikan Bulan Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelum2nya... InsyaAllah.
Hazirah Esahal
Copyright © 2012 Reserved To Hazirah Esahal
Design By Yuu Hidayu